KRMPK

main-logo.jpgKelab Rakan Muda Parlimen Kemaman (KRMPK)

 sedang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Penaja yang diPENGERUSIkan oleh Mohd Izham Bin Ahmad dan SETIAUSAHAnya Riduzan Bin Razali.

Remaja Belia yang berumur 15 tahun hingga 25 tahun boleh mendaftar…

…Enjoy…

Bengkel Pengenalan Dan Pengurusan Organisasi KRMP Kemaman

Tarikh : 3 – 5 Oktober 2007

Tempat : Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman Dan Masjid bandar Cheneh Baru

Kelab Rakan Muda Parlimen Kemaman telah berjaya menjalankan program sulungnya iaitu Bengkel Pengenalan Dan Pengurusan Organisasi Kelab Rakan Muda Parlimen Kemaman dengan peserta seramai 37 orang.

Program yang bermula pada jam 5 petang itu dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa Kelab Rakan Muda Parlimen Kemaman yang turut dihadiri oleh Ahli2 Jawatankuasa KRMP Kemaman dan Pemimpin2 Belia. Selepas Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih, majlis diteruskan dengan taklimat dan bengkel yang dikendalikan oleh YBhg. En. Mohd Khairi Bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman.

Program diteruskan dengan Majlis Perasmian Bengkel Pengenalan Dan Pengurusan Organisasi KRMP Kemaman yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan  Rakan Muda Negeri Terengganu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Kemaman.

Pada keesokannya, para peserta bertolak ke Masjid Bandar Cheneh Baru untuk memperaktikkan ilmu Kesukarelaan yang ditimba melalui Bengkel semalam. Seawal jam 11 pagi para peserta telah terpacak dimasjid untuk menabur bakti… Angkat dan susun kaki meja, lantai meja, kerusi, makanan, minuman….segalanya dibuat oleh para peserta ini yang akan dinobatkan AHLI SKUAD SUKARELAWAN KRMP KEMAMAN yang pertama yang akan diadakan selepas Ramadhan nanti…

Keesokannya dengan keletihan yang ikhlas… para peserta melangkah keluar dari Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman tepat jam 12 tengahari.

SYABAS!!!

SUKA RELA GILA’

‘Mencipta Kesalahan Untuk Memperbaiki Kesalahan Lain’

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s