Program Jelajah Motivasi GPMS Rakan Muda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Baru2 ini GPMS Cawangan Kemaman telah melaksanakan Program Jelajah Motivasi GPMS. Program ini telah dilancarkan pada 6 Ogos 2007 oleh YB Dato’ Mohamed Bin Awang Tera.

Program ini dihadiri oleh Pelajar2 Tingkatan 6 seluruh Daerah Kemaman, selain daripada beberapa tetamu kehormat yang turut memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar terutama sekali pelajar tingkatan 6 Atas yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi seperti Ybhg. To Puan Wan Zaharah Binti Wan Yahya Isteri YB Dun Chukai, En. Azilah Bin Ahmad Pen. Peg. Pelajaran Daerah Kemaman dan En. Khairi Bin Ali Peg. Belia Dan Sukan Daerah Kemaman.

Walaupun pengisian program ini ringkas, namun ia padat dengan ilmu motivasi yang tinggi yang telah disampaikan oleh penceramah GPMS yang berpengalaman.

Pengenalan GPMS : Dato’ Mohd Izham Bin Ahmad (SU GPMS Caw. Kemaman)

Melayu Glokal        : Cikgu Abdul Aziz Bin Ibrahim (AJK GPMS Caw. Kemaman)

                                    Tn. Haji Zameran (Pengurus BIMB Caw. Kemaman)

Belajar Terus Belajar : Cikgu Haji Azam Bin Ibrahim (Naib YDP GPMS Caw. Kemaman)

                                         Cikgu Mahfuzah Binti Ibrahim (Naib YDP GPMS Caw. Kemaman)

Rakan Muda                : En. Mohd Khairi Bin Ali (Peg. Belia Dan Sukan Daerah Kemaman)

                                         En. Nik Sukeri Bin Ghazali (Pen. Peg PBS Daerah Kemaman)

 Selain daripada ceramah motivasi, kemuncak kepada program yang dilaksanakan disemua sekolah GPMS adalah penyampaian Buku Kata2 Hikmah yang telah diterbitkan khas oleh GPMS Cawangan Kemaman. Yang paling berharga, Buku yang Berjudul ‘Nota GPMS’ ini disampaikan sendiri oleh YB ADUN masing2. Dengan pemberian buku ini oleh YB ADUN, diharap dapat memberikan impak yang positif terhadap anak2 GPMS ini.

           Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini samada orang perseorangan mahupun organisasi. Terutama sekali kepada YB Dato’ Mohamed Bin Awang tera yang telah memberikan sepenuh komitmen beliau dengan menyokong penuh program ini dengan melancarkannya dan turut mendedikasikan kata-kata hikmah dan nasihat kepada anak2 GPMS didalam ‘Nota GPMS’. Difahamkan YB Dato’ dan Ybhg. Toh Puan sendiri yang mengarangnya. Dan ini menunjukkan betapa komitednya YB Dato’ dan Toh Puan didalam pembangunan Sosio Budaya, Ekonomi dan Pendidikan anak2 Melayu. Pejabat DUN Chukai turut memberikan komitmen yang tinggi dengan bersama-sama menghadiri program ini.Sumbangan Idea, kewangan, sokongan dan dokongan amat dihargai oleh kami warga GPMS dan seluruh anak Melayu…

     Turut dihargai En. Mohd Khairi Bin Ali serta seluruh kakitangannya termasuklah Sekretariat Rakan Muda Parlimen Kemamankerana memberi bantuan yang banyak kepada GPMS untuk menjayakan program ini termasuk sedia menyediakan Dewan. Penyediaan peruntukan kewangan, keurusetiaan dan pelbagai lagi bentuk sumbangan yang diberikan sukar dibalas oleh GPMS dan anak2 Melayu sekalian.

     Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman terutama sekali Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman dan Encik Azilah Bin Haji Ahmad Penolong Peg. Pelajaran Daerah Kemaman yang memberi bantuan dan pemudahcara kepada GPMs untuk membantu anak2 Melayu… Sebagai contoh, En. Zakaria sendiri telah berbincang on the spot dengan pegawai2 beliau untuk melaksanakan program ini… Ini menunjukkan betapa beliau begitu inginkan pertambahan nilai budaya dan pendidikan yang tinggi anak2 Melayu. begitu juga dengan En. Azilah yang turut memberikan komitmen beliau dengan menyokong sepenuhnya program ini dengan memberikan idea dan menyediakan pensuratan untuk GPMS.

Seterusnya kepada para guru yang memberikan sepenuh tenaga dan usaha bagi menjayakan program ini… terutama sekali Guru2 daripada SMK Sultan Ismail yang berusaha keras membawa semua pelajar Tingkatan 6 bawah dan Atas ke SMK Chukai, seperti yang sedia maklum, bukanlah mudah untuk melakukannya… namun diatas semangat kental membawa arus perubahan kepada pendidikan anak bangsa… semuanya dapat dilakukan… Terima kasih… Cikgu Fatimah Binti Haji Ali Penyelaras Tingkatan 6 SMKSI dan para guru lain yang sudi membantu GPMS. Tidak dilupakan para guru SMK Chukai yang berusaha keras menyediakan tempat untuk anak2 Melayu ini menimba secebis ilmu untuk dibekalkan ke ‘Menara Gading’. Turut membantu kaunselor SMK Badrul Alam Shah dan SMK Cheneh Baru yang sudi menumpangkan para pelajar ini ke SMK Chukai untuk pelancaran program ini.

Untuk YB Datuk Abu Bakar Bin Ali, ADUN Kemasik yang menaungi Program Jelajah Motivasi GPMS Peringkat DUN Kemasik di SMK Badrul Alam Shah pada 29 Ogos 2007 yang lalu, jasamu dikenang seluruh warga GPMS dan anak2 Melayu… sokongan Beliau untuk turut memberikan ceramah dan merasmikan majlis ini harus dipuji. Beliau sanggup turun padang ke program ini walaupun peserta iaitu pelajar tingkatan 6 SMK Badrul Alam Shah tidak sampai 100 orang!!!, namun sebagai wakil rakyat yang CAKNA, beliau sanggup…. terima kasih YB Datuk…

Didalam sesuatu rancangan yang baik, amat menyedihkan kita, jika masih ada yang menganggap program membantu anak2 Melayu sebagai satu masalah, satu bebanan, satu kegagalan. Karenah Birokrasi yang diada-adakan mengundang kekecewaan kepada anak2 melayu kita yang begitu dahagakan ilmu, yang begitu mengharapkan tujahan motivasi yang begitu mengalu-alukan nasihat daripada kita…Jika seorang pemimpin seperti YB Dato’ Mohamed Bin Haji Awang Tera, YB Datuk Abu Bakar Bin Ali dan YB Wan Ahmad Nizam Bin Wan Abdul Hamid yang turut serta didalam program ini, hanya satu panggilan telefon sahaja, sudah dapat kita memiliki komitmen Beliau, adakah kita yang hanya biasa…

Terima kasih kepada sekalian yang membantu GPMS… semoga Tuhan membalas jasa2 Mu….

Sekian.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s